
Guru dan AKP SK Trosor

GURU-GURU SESI 2023/2024

GURU-GURU SESI 2025/2026









Sekapur sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Salam Anak Baik Lagi Cerdik
Salam We Deliver,
Salam Kuala Kangsar Teratas,
Salam SK. Trosor Glorious
Transformasi digital di sekolah melibatkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengalaman pelajar, kecekapan pengurusan, dan keberkesanan organisasi
Bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Sekolah SK Trosor Glorious ini dapat dibangunkan selari deangan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat di atas usaha menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan pembangunan laman web ini. Laman web ini merangkumi semua skop pengurusan sekolah bagi mencapai matlamat, visi dan misi yang dihasratkan oleh sekolah selaras dengan mandate KPM kearah Pendigital Sekolah. Usaha ini juga bertujuan sebagai elemen penting malah sebagai penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan keilmuan pemimpin sekolah, guru-guru serta kakitangan sekolah seterusnya memberikan impak besar kepada kemenjadian murid dan Sekolah Berkualiti.
Saya amat yakin dengan peningkatan kualiti dan keilmuan berkaitan dengan pengurusan mampu merancakkan proses kepentingan pelaksanaan (delivery) yang berterusan serta bertunjangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Pembangunan Laman web ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada pengurusan sekolah dan komuniti yang lebih efisien selaras dengan keperluan PPPM 2013-2025
Lokasi Google Map
Sejarah sekolah
Sekolah Kebangsaan Trosor telah mula dibina pada tahun 1904 di atas sebidang tanah yang merupakan bekas tapak rumah Penghulu Mukim Kemiri. Bagunan didaftarkan dengan nombor P.W.D 37. Tuan Haji Abdul Hamid adalah merupakan satu-satunya guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Trosor pada ketika itu. Bilangan pelajarnya seramai 30 orang dan kesemuanya adalah pelajar lelaki. Pada tahun 1906 sebuah bangunan baru telah dibina. Untuk mewujudkan beberapa buah kelas, bangunan ini telah dibina sekatan. Pada tahun yang sama, sebuah rumah guru telah didirikan (P.W.D 38). Ketika ini bilangan pelajarnya telah bertambah. Pada tahun 1907, terdapat dua orang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Trosor. Mereka adalah En Mat Yet sebagai Guru Besar dan En Md Dahan sebagai guru Penolong. Pada tahun yang sama, En Mohd Yusof telah dilantik sebagai Guru Besar bagi menggantikan En Mat Yet. Sebuah bangunan tambahan telah didirikan pada tahun 1952. Bangunan ini didirikan secara goromg-royong oleh penduduk kampong. Guru Besar pada masa itu ialah En Maad. Pembinaan bangunan tambahan ini adalah untuk menampung jumlah murid yang begitu ramai yang belajar di sekolah ini. En Yeob Abu Bakar telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Trosor pada tahun 1954. Pertambahan murid yang amat ketara pada tahun 1955, sebuah rumah kedai telah disewa untuk dijadikan bilik darjah tambahan. Bilangan murid pada ketika itu ialah seramai 208 orang (109 murid lelaki dan 99 orang murid perempuan). Bilangan guru juga telah meningkat seramai 6 orang iaitu 3 orang guru berkelulusan Maktab (SITC), seorang TUOS dan 2 orang lagi guru tanpa latihan. Pada tahun ini juga seorang tukang kebun telah dilantik bagi menjaga kebersihan sekolah yang mempunyai keluasan 1 ekar, 0 rod, 19 pol. Pada 1 April 1965, sebuah lagi rumah guru (JKR 327) telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk menampung jumlah murid seramai 246 orang, pada tahun 1967 sebuah bangunan sekolah (JKR 350) telah didirikan. Bangunan ini mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah mula digunakan pada Januari 1968 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1968 sekolah ini telah mempunyai seramai 13 orang guru iaitu termasuk seorang Guru Agama. Pada tahun yang sama seorang kerani sambilan iaitu Encik Abdul Majid B Abdul Rahman telah ditempatkan di sekolah ini. Encik Basharuddin Uda Tonik telah bersara setelah berkhidmat sebagai Guru Besar selama 14 tahun. Pada tahun 1973, En Basharuddin Uda Tonik telah bersara dan Tuan Haji Mohd Ali B Abdul Wahab telah dilantik menjadi Guru Besar. Pertambahan murid telah menyebabkan dewan orang ramai Kampung Trosor dan Madrasah telah digunakan sebagai bilik darjah. Pada tahun 1981, sebuah bangunan telah dibina yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan tandas. Sebuah bangunan kantin juga telah didirikan pada tahun yang sama. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 10 Oktober 1985. Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan SK Trosor di tapak yang baru tidak jauh dari lokasi sekolah yang asal. Kerja-kerja pembinaan berlangsung selama 2 tahun dan akhirnya pada bulan Ogos 2012 SK Trosor telah beroperasi
Latar belakang/ maklumat asas
Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Trosor Kod sekolah : ABA4033
Alamat sekolah : 31100 Sungai Siput ( U ), Perak Koordinat : 4 053’11.7356”N 10101’17.96946 E
No. Tel / Faks : 05-597 5597 / 05-597 1597 e-mel : ABA4033@moe.edu.my
JPN : Perak PPD : Kuala Kangsar
Parlimen : Sungai Siput Dewan Undangan Negeri : Lintang
Jenis sekolah : Sekolah Kebangsaan Peringkat : Tahun 1-6 dan Prasekolah
Jenis murid : Lelaki dan Perempuan Sesi : Pagi sahaja
Lokasi : Luar bandar Gred : A
VISI dan MISI

Moto sekolah
